Monday, February 28, 2011

KEK COKLAT BUTTER CREAM


kek coklat sendiri buat,sendiri makan,utk sendiri punya besday...hehe

Saturday, February 26, 2011

APAM MEKAR

Setelah yg pertama kali x menjadi...,akhirnya percubaan yg ke-2 berhasil...,lembut,gebu..,semua suka...,


bhn2;
~250gm tepung gandum
~2 biji telur
~200gm gula halus
~1 cwn aiskrim soda
~1 sudu teh esen vanilla
~1 sudu teh ovalatte
~1 sudu pewarna
cara buat;
~pukul gula,telur,esen vanilla,ovalatte sehingga kembang dan putih gebu
~masukkan tepung dan aiskrim soda berselang seli
~setelah sebati warnakan mengikut citarasa sendiri
~masuk dlm cupcakes dan kukus 15 minit

Friday, February 25, 2011

Mengenali seseorang itu,kadangkala membuat kita ketawa..,
Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata.Sesungguhnya mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah,sedih,gembira,sayang dan rindu.Tetapi,sedarilah kita mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah.Biarpun hadirnya hanya seketika..,dan sekadar teman sementara..,bersyukurlah dgn kehadirannya kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

SAMBAL TEMPE

PESANAN ISTERI BUAT SUAMI

1) selalulah menghargai usaha dan penat- lelah isteri.Mereka sanggup berkorban dan berusaha utk kehidupan keluarga yg lebih selesa
2) beri perhatian apabila isteri bercakap
3 )USAH BANDINGKAN ISTERI DGN IBUMU TERUTAMA SOAL MASAKAN ATAU HIASAN RUMAH
4) ringan tulang  bantu isteri melakukan kerja rumah
5) sama-sama menjaga anak
6) jangan sesekali bercakap kasar dan meninggi suara dgn isteri.Jiwa wanita sgt sensitif
7) hormati dan sayangi keluarga isteri spt keluarga anda sendiri
8) setia dgn isteri
9) bagi sokongan terhadap minat atau hobi isteri
10) paling penting,jgn lupa berdoa kesejahteraan rumahtangga.

KUIH TALAM LAPIS

bhn2;
~1 cwn tepung gandum
~1 cwn tepung jagung
~4 cwn santan
~1 cwn gula
~1 sudu teh garam
cara2:
~kesemua bhn disatukan dan digaul rata. 
~bahagikan adunan
~Letak pewarna yg disukai
~kukus selapis demi selapis

IKAN MASAK SINGGANG

Thursday, February 24, 2011

BUAH2AN TEPAT KETIKA BERDIET

~lebihkan buah2an berikut sekiranya sedang dlm proses melangsingkan badan


*pisang-mengandungi potassium dan vitamin B6 yg baik utk mengatasi masalah lebihan cairan dlm tubuh


*nenas-memiliki khasiat anti peradangan dan membantu memperbaiki serat kolegan yg rosak.Selain itu,ia juga mengandungi vitamin C


*pir-manfaatnya sbg detoksifikasi.Pir mengandungi yodium(mineral yg membantu menstimulasikan metabolisme),serat dan potassium


*buah2an citrus-limau,oren atau anggur memiliki kandungan vitamin C yg bermanfaat membentuk serat kolegan


p/s:dpt juga dipraktiskan utk diri sendiri

MENJADI SEORANG YG TABAH

~terima ketentuan IIAHI baik yg pahit mahupun yg manis dgn redha


~setiap yg berlaku ada hikmahnya


~usah menyesali dan meratapi takdir diri


~lihat apa yg berlaku dr sudut positif


~beristighfar dan ingatlah dgn Maha Pencipta


~luahkan apa yg terpendam di hati kpd keluarga atau kenalan rapat


~dptkan semangat drp org yg dipercayai


~kawal emosi diri,sentiasa memberi kata semangat kpd diri sendiri 


~berdoa agar Allah memberi kekuatan rohani dan jasmani kpd kita


p/s:panduan utk diri sendiri juga

Apam Tepung Beras/Eno

Balik2 apam nie..,apam nie jer balik2...hehe nak buat macamana dah mmg suka sgt makan dan buat apam nie...,drp nasi yg x habis tu dibuang lebih baik dijadikan tapai..,jd bolehlah buat selalu apam ni....



SAMBAL SARDIN

sardin jer utk lauk mkan hari nie....,senang,cepat dan ringkas

Tuesday, February 22, 2011

Minggu nie..,minggu merelaxkan diri dan minda...hehe.(tu pun kalau dapat)Tengah fikir nak buat kek apa untuk diri sendiri..,walaupun tahun nie tarikh keramat itu x kan muncul..., (29/2/)tp usiaku tetap bertambah..,hmmm macam x adil jer rasanya...,(INI TIDAK ADILL)hahaha...,walaubagaimana pun selagi masih bernafas my life must go on..,
Dlm kepala ada terfikir beberapa biji kek..,yg dah pernah buat dan yg x pernah buat...,yg dah pernah buat mmg yakin akan jadi..,tp yg belum pernah buat tu....,kalau x jd...,camno..??ADUHAIII(NAK BUAT KEK APA YER..??)

Monday, February 21, 2011

BISIKKU PD BULAN...,
KEMBALIKAN  TEMANKU...,
KEKASIHKU,SYURGAKU...,
TANPA DIA,MLM MENEMANIKU...,
SEPI MEMELUKKU..,
BULAN JANGAN BIAR SIANG...,
BIAR MALAM INI KELAM..,
BIAR IA SEPI SEPERTIKU...,

JLN2

Jalan-jalan hujung minggu.Asyik terperap kat rumah pun bosan juga.Sekali sekala ambik angin...,
tapi bila dah keluar..,penat lah pulak...,rasa lebih baik duduk kat rumah jer...,haha..

Sunday, February 20, 2011

kenapalah 2-3 hari nie...,malas betul rasa..huhu..,rasa berat jer badan....,nak buat apa2 pun x de mood...selalu nak marah2..,angin jer...WHY...???Kepala rasa berat jer...

Saturday, February 19, 2011

CROSS-STICH

satu lg seni tangan yg saya suka buat...,silang pangkah..yg ni satu warna kalau rajin x sampai seminggu dah siap..

Friday, February 18, 2011

CROSS-STICH

 hasil kerja tanganku...,di sebabkan terlalu sygkan kucing,sanggup buat silang pangkah nie walaupun payah...,tp hasilnya mmg memuaskan.Dah lama buat tahun 95 lg..,nampak mcm senang tp utk menghasilkannya ambil masa 6 bulan...

CROCHET

selain menjahit,memasak.., minat juga mengait nie..,dah lama sgt x buat benda nie sbb masa yg x mengizinkan..,kalau dah mula buat mmg susah nak berhenti selagi belum siap..huhu..,nak kata pandai..,x lah pandai sgt...,masih byk yg perlu di pelajari lg...,tgh fikir nak buat apa dgn benang2 nie..,tunggu dan lihat ajelah buat masa nie...,hehe


di sebabkan minat sanggup keluar masuk kedai buku nak cari buku nie.Kat dlm buku ni..,ada juga yg faham cara2 nya dan ada juga sampai menggaru kepala dibuatnya..hahha...Walau bagaimanapun kalau dah minat pasti akan berusaha sehingga ke akhirnya...insyaallah.Rasanya bulan puasa nanti boleh la mulakan projek nie...,
kaitan pertama yg aku buat 14 tahun dulu...,utk anak pertama.Bangga x terkata..,berseni juga tanganku ini..hehe..,masih ada lg sehingga kini...

Thursday, February 17, 2011

mereka yg berjaya bukanlah mereka yg gagal dlm mencuba,bukan juga mereka yg sering gagal tetapi mereka yg tidak pernah gagal dlm mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan di kecapi

APAM PISANG

apam pisang..., breakfast pg nie..,







Wednesday, February 16, 2011

BUBUR CHACHA

dah lama x buat sebarang bubur....,hari ni teringin nak makan bubur chacha..,


Bhn2:
~200gm chacha
~2 cwn santan pekat
~2 cwn air
~gula(ikut masing2)
~sedikit sagu
~daun pandan
~sedikit garam


Cara buat:
~rebus chacha sehingga lembut dan kembang
~masukkan sagu diikuti daun pandan,gula pasir dan garam
~tuangkan santan dan tambah air mengikut kepekatan yg di mahukan

Tuesday, February 15, 2011

Kebaikan yg tersembunyi di sebalik sesuatu yg kita benci..,kadang2 lebih byk drp sesuatu yg kita sukai..,kerana kita tidak menyetahui akibat yg akan terjadi.Byk kenikmatan yg tersembunyi dlm kesukaran dan byk kebaikan yg tersembunyi di sebalik keburukan...,

PUFF PASTRY TUNA



Bhn2 dan cara2 sama dgn puff pastry yg lain...,hanya inti jer yg lain...,enjoy...,

PUFF COKLAT PISANG


puff coklat pisang utk minum ptg...,

Bhn2;
~pastry puff(jenama kawan)
~pisang(dihiris)
~lepa coklat
~1 biji telur(dipukul)

Cara buat;
~sapukan coklat diatas puff dan susunkan pisang yg dihiris
~tangkupkan sekeping lg puff diatas pisang td
~sapu telur diatas pastry puff
~bakar dlm ketuhar yg telah dipanas 190 celcius selama 10-15 minit


Monday, February 14, 2011

CUPCAKES OREN

projek hujung minggu...cupcakes oren


resepi dpt kat KR...,




RESEPINYA;
~3 biji telur(asingkan kuning dan putih)
~110gm gula castor
~125 gm tepung gandum(ayak bersama 1 sudu teh baking powder)
~1 sudu mkn susu pekat
~7 sudu mkn minyak jagung or minyak masak
~1 sudu mkn pewarna oren
~1 sudu mkn perasa oren

CARA2 BUAT;
~panaskan oven suhu 175 celcius
~pukul putih telur hingga gebu,kemudian masukkan gula sikit demi sedikit
~pukul hingga jadi meringue baru masukkan kuning telur kesemuanya

GUNA KAEDAH KAUP BALIK;
~masukkan tepung,gaul secara kaup balik
~masukkan susu,minyak,esen & pewarna oren
~bakar 15-20 minit..,(cupcakes)/loyang 1/2 jam

Perbezaan antara orang yg berjaya dgn org yg gagal terletak pd rohaninya.Apa yg difikirkan menentukan apa yg akan dicapai.

KARI AYAM

Saturday, February 12, 2011

PULUT


bhn A;
~2 cwn pulut
~2 cwn air
~sedikit garam
*masak spt masak nasi


bhn B;
~1/2 biji kelapa parut
~cili kering(dimesin)
~udang kering(ditumbuk halus)
~2 btg serai(dihiris dan ditumbuk halus)
~garam dan gula secukup rasa
*kesemua bhn disatukan dan dimasak sebati dlm kuali


cara buat;
~pulut yg telah dimasak dikepal atau di bentuk ikut suka
~golekkan atau salutkan dgn kelapa tadi
~

KUIH LOMPANG

bhn2;(A)
~2 cwn tepung beras
~1/2 sudu kecil kapur

bhn2(B)
~1/2 cwn gula pasir
~1/2 cwn gula merah
~4 cwn air(kesemua bhn B dimasak)

cara buat;
~panaskan kukusan.Bancuh tepung beras dgn air kapur
~panaskan acuan lompang
~tuang air gula suam(bhn B)dan kacau rata
~masukkan bancuhan ke dlm acuan
~kukus selama 20 minit

Friday, February 11, 2011

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya..,dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.., 

ASAM PEDAS

bhn2;
~ikan pari
~tomato
~bendi
~serai
~daun kesom
~air asam jawa
~minyak masak
~air
~garam dan gula


bhn2 dikisar halus;
~cili kering
~bwg merah
~bwg putih
~belacan


cara buat;
~panaskan minyak..,tumis bhn2 yg dikisar sehingga garing.
~masukkan serai  yg di titik, air asam jawa dan air.
~masukkan ikan dan daun kesom.
~biarkan mendidih seketika..,kemudian masukkan bendi dan tomato.
~perasakan dgn garam dan gula secukup rasa
"Jadikan dirimu spt pohon yg rendang di mana setiap insan dpt berteduh..,jgn spt pohon pohon kering  tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api...,"

hehe...,mesin jahit kesayanganku...,yg telah byk berjasa...,saja2 ku tayangkan di sini utk mengambil mood menjahit kembali...,khidmatmu akan kuperlukan bila2 masa saja dr sekarang.....,dan yg pasti....,setelah kau kugunakan aktiviti memasakku pasti akan berkurangan...,
kita dilahirkan dgn sepasang telinga kiri dan kanan supaya kita dpt mendengar semuanya dr dua sisi,supaya kita boleh mendengar pujian dan kritikan dan memilih mana yg benar dan mana yg salah...,
kita juga lahir dgn dua mata,tetapi hanya diberi satu mulut.Ini kerana mulut adalah senjata yg sangat tajam..,boleh menyakiti,boleh membunuh,boleh menggoda dan byk hal lainnya...Oleh itu...,bicara sedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyaknya...,

Thursday, February 10, 2011

ONDE-ONDE /BUAH MELAKA

resepinya;
~2 cwn tepung pulut
~3/4 - 1 cwn air(dikisar dgn 5-6 helai daun pandan)
~gula kabung/gula melaka
~kelapa parut
~sedikit garam


cara2;
~satukan tepung pulut dgn air daun pandan.
~ambil sedikit adunan,bulat2 kan dan letak inti(gula kabung)di tengannya.Bulat2 kan balik.Buat sehingga habis
~panaskan air dlm periuk..,bila mendidih masukkan adunan td dan rebus..,bila timbul boleh di angkat dan golekkan dgn kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam
kata2 yg diucapkan sembarangan dpt mewujudkan perselisihan.Kata2 yg kejam dpt menghancurkan suatu kehidupan.Kata2 yg diucapkan pd tempatnya dpt meredakan ketegangan.Kata2 yg penuh cinta dpt menyembuhkan dan memberkati..,

IKAN PANGGANG BEREMPAH

bhn2;
~2 ekor ikan kembung
~1 sudu serbuk kari ikan
~2 ulas bwg putih
~2 ulas bwg merah
~2 hiris halia
~2 btg serai
*semua bhn di kisar,kecuali ikan
~limau nipis
~garam secukup rasa


cara membuat;
~bersihkan ikan
~campurkan semua bhn2 kisar dan perap bersama ikan beberapa minit
~sapukan jus limau nipis ke atas ikan yg telah di perap td
~bakar ikan selama 15 minit
~sedia di hidangkan
harta yg paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yg paling akrab adalah AMAL.Pengawal 
peribadi yg paling waspada DIAM.Bahasa yg
paling manis SENYUM..,Dan ibadah yg paling 
indah tentunya KHUSYUK...,

Wednesday, February 9, 2011

SAGUPAL

sagupal:
~sagu
~air secukupnya


bhn utk kuah:
~santan
~gula(ikut suka)
~daun pandan
~sikit halba
~sikit garam


cara2 buat:
~sagu di masak dgn air dan biar sejuk
~kepal dlm bentuk bulatan(lebih elok kalau kepal kecil2)
~masak santan bersama2 bhn kuah..,bila mendidih masukkan bebola sagu td
~boleh di hidangkan panas atau sejuk

LASAGNA DAGING

our lunch tonight....,
hari ni..,satu hari x makan nasi....,t'hari mkn mee goreng,ptg makan sagupal,mlm lak mkn nie..,lasagna..,
makan sepotong dah kenyang.....,
hmmm...,siapalah tu kan....,


bhn utk lasagna:
~kulit lasagna(rebus separuh masak)
~keju mozarella


bhn utk sos daging:
~1 peket daging kisar
~1 tin cendawan butang(potong dadu)
~1 biji bwg besar(potong dadu)
~3 ulas bwg putih(di cincang)
~1 sudu besar cili kering kisar
~2 sudu besar tomato puri
~2 sudu sos cili
~1 kiub pati ayam
~sedikit lada hitam
~sedikit oregano
~garam dan gula secukup rasa


bhn utk sos putih:
~2 sudu besar mentega
~2 sudu besar tepung gandum
~250ml susu segar
~ sedikit keju cheddar
~sedikit lada sulah
~garam secukup rasa


cara2 membuat:
~utk sos daging,tumis bwg besar dan bwg putih sehingga naik bau
~masukkan cili kisar dan tumis sehingga kering dan masukkan daging 
~setelah daging empuk,masukkan tomato puri,sos cili,kiub ayam,oregano dan lada hitam
~masak hingga sebati,kemudian masukkan cendawan butang,ketepikan.
~utk sos putih,cairkan mentega dan masukkan tepung.masak di atas api sederhana dan kacau sebati
~kemudian masukkan susu dan kacau sehingga kuah pekat
~masukkan sedikit garam dan lada sulah diikuti dgn keju,ketepikan
~utk lasagna,letak sedikit sos putih kat loyang atau mangkuk supaya x lekat
~susun lasagna secara rapat diikuti dgn sos daging dan sos putih berselang seli
~kemudian tabur keju mozarella dgn byk..,ulang sehingga penuh loyang atau mangkuk
~bakar pd suhu 180-185 C selama 45 minit.Biarkan sejuk dan sedia di hidangkan
sahabat sejati adalah mereka yg sanggup berada di sisi ketika rakan memerlukan sokongan...,walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yg lebih menyeronokkan....,