Wednesday, November 23, 2011

~HAPPY ANNIVERSARY~

Buat pertama kali dalam hidup terima sejambak bunga dari hubby...,hehehe...,apakah mimpimu wahai suamiku...??huhuhu...,pejam celik pejam celik sekejap sahaja usia perkahwinan kita menjengah ke angka 15....,tak terasa betapa cepatnya masa berlalu...,
kek red velvet utk di mkan sempena ulangtahun kami...,

Saturday, November 19, 2011

TALAM LAPIS COKLAT

Kuih talam lapis coklat untuk minum pagi sampai ke petang...hehe
BHN2:
~300gm tepung gandum
~60gm tepung hon kwee
~1400ml santan
~360gm gula
~2 biji telur

BHN2 B:
~30gmserbuk koko
~50gm santan

CARA BUAT:
~adun bhn A dan bahagikan kpd 2 bahagian
~satu bahagian dicampur dgn bahagian B dan satu bahagian di letak pewarna kuning
~kukus selapis demi selapis setiap lapisan selama 7-10 minit










Thursday, November 17, 2011

KUIH BAKAR KELEDEK

resepi utk kuiih bakar ini adalah seperti berikut...,heheheh
bhn2:
~100gm keledek(rebus dan lenyek)
~50 gm tepung gandum
~50 gm gula castor
~1 biji telur
~170 ml santan
~secubit garam
~sedikit pewarna kuning telur
~sedikit bijan

cara buat:
~masukkan semua bhn2 kecuali keledak dan kacau rata..,kemudian masukkan keledek dan sebatikan
~sapukan sedikit butter pd acuan pembakar dan tuang bancuhan tadi
~tabur bijan di atas dan bakar 160 celcius selama 45 minit atau sehingga masak


Tuesday, November 15, 2011

BUN KELAPA

bun inti kelapa...,buat untuk minum petang...,makan panas2  mmg sedap nak pulak cuaca yg mendung..,memang mengundang kelaparan...,hehehe
resepinya sama saja dengan resepi bun yang telah di post kan sini...,hehehe..,boleh search di bawah label aneka bun...

Sunday, November 13, 2011

LAGI LAGI KEK...HEHEHEHE

Kek coklat moist versi kukus utk anak daraku bawa ke sekolah...

 

terpaksa buat lagi sebiji sbb yang kat rumah pun nak juga..,huhuhu....,bila lah nak bosan makan kek coklat nie..,heheh



Thursday, November 10, 2011

KEK BATIK

bhn2;
~sebungkus biskut merry
~3 biji telur ayam
~1 cawan milo
~1/2 cwn serbuk koko
~1 cwn susu pekat
~1/2 cawan air

cara buat;
~biskut merry dipecah2kan
~pukul telur
~serbuk koko dan dan milo digaul
~campurkan milo dan koko,susu,telur,dan air.Kacau hingga mendidih
~masukkan biskut,gaul sebati
~ketika panas,tekapkan dalam loyang hingga mampat.Simpan dalam petiais


Thursday, November 3, 2011

PUTERI MANDI

Di sesetengah tempat disebut lain kot nama kuih nie..,tapi yang pasti rasanya sama jer ..,hehehe...,lebih kurang macam badak berendam..,cuma colourfull sikit tu yg dipanggil puteri kot...,bahan2nya senang jer..,

~2 cwn tepung pulut
~sedikit garam
~air secukupnya
*semuanya disatukan sehingga jadi adunan.Ambil sedikit dan isikan inti.Rebus dalam air yang mendidih..,bila timbul angkat .Makan bersama kuah..

bhn inti;
~1/2 biji kelapa
~gula merah
~sedikit air
*masak atas api perlahan hingga sebati

utk kuah:
~santan
~sedikit garam
*masak sekejap atas api

Tuesday, November 1, 2011

TALAM KELADI

Suka la pula makan kuih talam ni..,ada bermacam-macam jenis kuih talam..,tapi buat masa ni try buat dulu talam keladi ni...,hehehe

BHN2:
Lapisan Bawah:
~1/2 cwn tepung beras
~1/2 cwn tepung gandum
~seketul keladi (potong kecil dan rebus)
~2 1/2 cwn santan cair

Lapisan Atas
~1 biji telur
~1/2 cwn tepung gandum
~2 sudu tepung ubi
~1 cwn gula (boleh kurangkan)
~2 1/2 cwn santan pekat
~1/2 sudu kecil garam
~pewarna ungu

CARA BUAT:
~campur semua bhgn lapisan bawah,kacau sebati.Masak atas api sederhana hingga sedikit pekat.Tuang dlm loyang ..,kukus 15 minit
~campur semua bhgn lapisan atas.kacau diatas api hingga pekat..,tuang ke atas lapisan bawah.
~kukus sehingga masak