Sunday, December 12, 2010

~KEK KARAMEL~

Pertama kali dlm hidup buat kek karamel....resepi dapat dr KR.Mula2 tengok resepi mcm susah jer...tp bila dah membuatnya x lah susah mana...






Bahan2(A)
~2 sudu besar gula(utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan,biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang.

Bhn2(B)bahagian atas (karamel)
~1/2 tin susu cair F&N(boleh tambah kalau nak karamel tebal)
~70gm gula kastor
~1/2 sudu teh esen vanilla
~3 biji kuning telur(kalau tambah susu cair ,kuning telur kena tambah gak)

Bhn2(C)lapisan kek
~140gmtepung gandum
~70gm gula kastor
~3 biji telur kuning telur
~135ml air biasa
~1 sudu teh baking powder(sudu kfc)
~45ml minyak masak
CARA2
*gula kastor dan kuning telur dpukul hingga sebati.
*masukkan minyak masak dpukul lg,tepung gandum dan baking powder dsatukan.
*masukkan tepung dan air berselang seli hingga sebati.

Bhn2(D)meringue
~6 biji putih telur
~70gm gula kastor
~1 sudu teh krim of tartar(sudu kfc)
CARA2
*Pukul putih telur,kemudian masukkan gula kastor dan akhir sekali krim of tartar.
*pukul sehingga kembang..(saya guna mixer elektrik dgn kelajuan tinggi)

cara2 membuat kek karemel
~kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn sampai berbuih ...nanti x jd karamelnya.
~masukkan (B)tadi dlm loyang gula hangus.
~pukul bhn(C)
~pukul bhn (D)sampai kembang dan bila diangkat x jatuh adunannya(telur putih)
~campurkan adunan (c)dan(D)dan gaul dgn senduk hingga sebati
~bahagikan adunan kpd beberapa bahagian,dan letak warna yg disukai.
~masukkan ke dlm loyang tadi secara berselang seli ikut warna yg disukai.
~bakar secara double boiler selama 1 jam,suhu 160-180 darjah celcius.
~bila masak angkat dan rehatkan selama 10 minit.Terbalikkan kek yg dibakar tadi.
~masuk dlm peti ais 1 jam.Tu pun kalau x habis lg....hihihi

SELAMAT MENCUBA DAN TERIMA KASIH KPD TUAN PUNYA RESEPI MUNIRA


2 comments:

  1. Salam Hana......sukalah tenguk kek karamel awak tu cantik sangat2.....
    Akak belum ada keberanian lagi tuk mencuba kek tu memang selutttt....kat Hana

    ReplyDelete
  2. wslm kak..,mula2 buat kek karamel nie pun x berapa jadi juga..,tapi bila dah buat kali yg ke2 dan yg seterusnya rasa senang pulak....,cubalah akak buat nnti mesti nak buat selalu...,heehe

    ReplyDelete