Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, February 17, 2012

DIDIK ANAK KENAL ALLAH

Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yg bersih dan kitalah yg mencorakkan kain itu dengan warna yang bagaimana..

Jadi..,didiklah anak-anak yang suci daripada sebarang dosa itu agar mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yg kukuh.Asas yang terpahat di hati dan jiwa kanak-kanak ini akan melahirkan insan yang mampu menghampirkan diri dengan Allah

Firman Allah yg bermaksud:
"Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki(memberitahu kepadanya)"
-surah Al-Baqarah:225


INFO:Melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan Allah adalah satu cara kita mengenal-Nya.

#info di copy melalui pembacaan utk renungan bersama...

Friday, February 10, 2012

7 hak isteri selepas penceraian

Nafkah eddah
Nafkah yg wajib disediakan kpd bekas isteri semasa dlm tempoh eddah talak raji'e.Mengikut hukum syarak,seorang isteri yg taat berhak mendapat nafkah drp suaminya.
Mutaah
Bayaran saguhati atau pemberian yg wajib suami suami ke atas bekas isteri yg telah diceraikan.Kadarnya boleh ditentukan menerusi persetujuan kedua belah pihak dan mahkamah yg akan menentukan.
Harta sepencarian
Harta yg diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri ketika perkahwinan dan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.
Hak penjagaan anak-anak(hadanah)
Bermaksud penjagaan anak-anak yg masih kecil yg belum berupaya utk menguruskan diri sendiri.Mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga islam,ibu adalah org yg paling layak menjaga anak-anak.
Nafkah anak
Ia wajib diberi oleh suami samaada anak itu di dlm tanggungan bekas isteri atau dlm jagaan org lain.Jumlahnya akan ditentukan oleh mahkamah mengikut kemampuan bekas isteri.
Tanggungan nafkah
Nafkah yg tidak ditunaikan oleh bekas suami kpd isterinya dlm tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar.Tunggakan ini boleh dituntut di mana2 Mahkamah Syariah.
Hak tempat tinggal
Seorang isteri yg diceraikan berhak tinggal di rumah yg mana dia biasa tinggal ketika dlm perkahwinan selama dlm eddah.Suami perlu menyediakannya dan jika gagal..,bekas isteri boleh menuntut di Mahkamah Syariah di atas kegagalan bekas suami.

Thursday, February 24, 2011

BUAH2AN TEPAT KETIKA BERDIET

~lebihkan buah2an berikut sekiranya sedang dlm proses melangsingkan badan


*pisang-mengandungi potassium dan vitamin B6 yg baik utk mengatasi masalah lebihan cairan dlm tubuh


*nenas-memiliki khasiat anti peradangan dan membantu memperbaiki serat kolegan yg rosak.Selain itu,ia juga mengandungi vitamin C


*pir-manfaatnya sbg detoksifikasi.Pir mengandungi yodium(mineral yg membantu menstimulasikan metabolisme),serat dan potassium


*buah2an citrus-limau,oren atau anggur memiliki kandungan vitamin C yg bermanfaat membentuk serat kolegan


p/s:dpt juga dipraktiskan utk diri sendiri