Friday, February 10, 2012

7 hak isteri selepas penceraian

Nafkah eddah
Nafkah yg wajib disediakan kpd bekas isteri semasa dlm tempoh eddah talak raji'e.Mengikut hukum syarak,seorang isteri yg taat berhak mendapat nafkah drp suaminya.
Mutaah
Bayaran saguhati atau pemberian yg wajib suami suami ke atas bekas isteri yg telah diceraikan.Kadarnya boleh ditentukan menerusi persetujuan kedua belah pihak dan mahkamah yg akan menentukan.
Harta sepencarian
Harta yg diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri ketika perkahwinan dan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.
Hak penjagaan anak-anak(hadanah)
Bermaksud penjagaan anak-anak yg masih kecil yg belum berupaya utk menguruskan diri sendiri.Mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga islam,ibu adalah org yg paling layak menjaga anak-anak.
Nafkah anak
Ia wajib diberi oleh suami samaada anak itu di dlm tanggungan bekas isteri atau dlm jagaan org lain.Jumlahnya akan ditentukan oleh mahkamah mengikut kemampuan bekas isteri.
Tanggungan nafkah
Nafkah yg tidak ditunaikan oleh bekas suami kpd isterinya dlm tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar.Tunggakan ini boleh dituntut di mana2 Mahkamah Syariah.
Hak tempat tinggal
Seorang isteri yg diceraikan berhak tinggal di rumah yg mana dia biasa tinggal ketika dlm perkahwinan selama dlm eddah.Suami perlu menyediakannya dan jika gagal..,bekas isteri boleh menuntut di Mahkamah Syariah di atas kegagalan bekas suami.

No comments:

Post a Comment