Wednesday, February 29, 2012

HAPPT BDAY TO ME...

tahun nie tarikh keramat 29hb feb..,baru muncul dan itu bermakna hari aku dilahirkan...,hehe..,masa bebudak dulu pernah juga tanya mak kenapa aku lahirkan pada tarikh ini..??bukan 28hb or 1 march..??sebabnya jeles tengok org lain sambut bday setiap tahun...,huhuhu...,tapi sekarang ni dah tak kisah semua tu...,yg penting walaupun tarikh tu 4 tahun sekali baru muncul tapi usia aku tetap jugak meningkat..,hahaha

Friday, February 17, 2012

SOLAT SUNAT DHUHA



Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. 

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahawasanya Nabi S.A.W. telah bersabda: 
Allah telah berfirman: 

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad) 

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari. 

Dalam riwayat yang lain Rasullullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya : 

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

"Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamb-aNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.” (Riwayat At-Thabarani ). 


Fadilat Dhuha 

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya: 

1. “Kekasihku Rasullullah S.A.W. telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan.” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah S.A.W. yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). 

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) 


Kaifiyat Dhuha 

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud: 

"Adalah Nabi S.A.W. bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) 

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas. 


Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala." 

Selesai solat, hendaklah membaca tasbih ini sebanyak 10 kali :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah."

Doa yang dianjurkan selepas solat sunat Dhuha:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh."

DIDIK ANAK KENAL ALLAH

Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yg bersih dan kitalah yg mencorakkan kain itu dengan warna yang bagaimana..

Jadi..,didiklah anak-anak yang suci daripada sebarang dosa itu agar mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yg kukuh.Asas yang terpahat di hati dan jiwa kanak-kanak ini akan melahirkan insan yang mampu menghampirkan diri dengan Allah

Firman Allah yg bermaksud:
"Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki(memberitahu kepadanya)"
-surah Al-Baqarah:225


INFO:Melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan Allah adalah satu cara kita mengenal-Nya.

#info di copy melalui pembacaan utk renungan bersama...

Thursday, February 16, 2012

I'M NOT OK

ini perasaan aku dua hari lepas..,rasa macam nak tumbuk2 seseorang yang selalu sahaja buat hati aku sakit dan menangis...,huhu..,sudah ratusan kali hati ini tersakiti dan dilukai...,dan sudah ratusan kali juga airmata ini tertumpah tanpa pernah dipedulikan....,selagi dapat ku bertahan akan ku pertahankan....

Friday, February 10, 2012

DEGUPAN JANTUNGKU...

Seumur hidupku..,ini lah pertama  kali ku rasakan degupan jantung yang paling dahsyat sekali...,huhuhu...,berdegup dengan begitu kencang sekali..,seperti ingin terkeluar dari tubuh badanku...,hhhmm...,tak ingin ku alami lagi seperti itu..,sebab dan musababnya biarlah diri ini saja yang tahu...,yang pasti detik itu akan tetap terpahat di lubuk ingatanku untuk selama-lamanya...,walau mimpi dikejar hantu sekalipun tak kan selaju itu degupannya....

7 hak isteri selepas penceraian

Nafkah eddah
Nafkah yg wajib disediakan kpd bekas isteri semasa dlm tempoh eddah talak raji'e.Mengikut hukum syarak,seorang isteri yg taat berhak mendapat nafkah drp suaminya.
Mutaah
Bayaran saguhati atau pemberian yg wajib suami suami ke atas bekas isteri yg telah diceraikan.Kadarnya boleh ditentukan menerusi persetujuan kedua belah pihak dan mahkamah yg akan menentukan.
Harta sepencarian
Harta yg diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri ketika perkahwinan dan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.
Hak penjagaan anak-anak(hadanah)
Bermaksud penjagaan anak-anak yg masih kecil yg belum berupaya utk menguruskan diri sendiri.Mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga islam,ibu adalah org yg paling layak menjaga anak-anak.
Nafkah anak
Ia wajib diberi oleh suami samaada anak itu di dlm tanggungan bekas isteri atau dlm jagaan org lain.Jumlahnya akan ditentukan oleh mahkamah mengikut kemampuan bekas isteri.
Tanggungan nafkah
Nafkah yg tidak ditunaikan oleh bekas suami kpd isterinya dlm tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar.Tunggakan ini boleh dituntut di mana2 Mahkamah Syariah.
Hak tempat tinggal
Seorang isteri yg diceraikan berhak tinggal di rumah yg mana dia biasa tinggal ketika dlm perkahwinan selama dlm eddah.Suami perlu menyediakannya dan jika gagal..,bekas isteri boleh menuntut di Mahkamah Syariah di atas kegagalan bekas suami.

Sunday, February 5, 2012

ALWAYS IN MY HEART

I wrote your name in the sky..,
but the wind blew it away..,
I wrote your name in the sand..,
but the waves washed it away..,
I wrote your name in my heart..,
and forever it will stay..

Saturday, February 4, 2012

DARIMU UNTUKKU...

kita berjumpa kerana Takdir..,
kita bersahabat kerana kasih sayang Allah...,
kita akan berpisah kerana cita-cita...,
kita kekal bersahabat kerana kuatnya ukhwah..,
kita berbeza pendapat kerana harga 1 ikatan..,
TAPI
yang paling penting semuanya kerana Allah...,
bukan mudah untuk  bersahabat...,
bukan mudah untuk kekalkan..,
bukan mudah untuk teruskan...,
bukan mudah sehingga sekarang...,
TAPI
semuanya kerana Allah....



#terima kasih diatas segalanya....

Friday, February 3, 2012

~OH MY HEART,,,~

hujan lebat yang membasahi bumi seperti memahami gelodak di jiwaku saat ini...,bagai mengundang nestapa...,titis airnya bersama deruan tangisanku...,hati ini terasa seperti dihimpit dan tersepit...,tak pernah aku rasakan seperti ini sehingga lah hari ini....,terlalu sukar untuk digambarkan...,seperti ada batu besar yang menghempap..,huhu...,aduhaii ..,tak habis-habis kisah hati...

Wednesday, February 1, 2012

THE MISSING PIECE...

Bertahun-tahun melayari kehidupan yang penuh dengan berbagai onak dan duri...,pahit dan juga manis mendatangi kehidupan silih berganti...,selama hidupku seringkali terasa seperti kehilangan sesuatu...,yang amat payah untuk diterjemahkan dengan kata-kata...,sehingga saat ini masih tercari-cari dan ternanti-nanti cebisan yang hilang itu....,apakah akan ku temui..??hanya takdir dan waktu yang akan menentukan......