Thursday, December 22, 2011

KEK BLENDER OREN

dah agak lama jugak kek ni popular di fb juga yang sewaktu dengannya....,baru hari ini aku berkesempatan membuatnya...,senang.., ringkas dan sedap...,hehe
bahan-bahannya:
~1 biji limau
~1 cawan minyak
~2 cawan gula halus(boleh kurangkan)
~3 biji telur
~2 cawan tepung gandum
~1 sudu besar baking powder

cara2 buat:
~tepung gandum diayak bersama baking powder
~basuh limau,buang urat tengah dan biji
~blender oren bersama minyak,gula dan telur...,blender sehingga hancur
~tuang adunan yg diblender dlm mangkuk dan masukkan tepung sikit demi sedikit dan gaul sebati
~loyang disapukan marjerin..,tuang adunan
~bakar selama 40min atau sehingga masak dgn suhu 170-180 darjah celcius

Wednesday, December 14, 2011

FELT CRAFT

winkk winkk...,hehhe dah dapat hobi baru...,felt craft...,untuk permulaan aku beli yang dah siap dipotong...,hanya perlu gam dan jahit di tepi saja....,bulan depan baru lah boleh buat yang lain2 pulak...,ngee
untuk permulaan felt puppet untuk ank bongsuku....,ngeeee

Tuesday, December 13, 2011

BAGAN LALANG SEPANG

masuk ini..,dah dua kali pergi bagan lalang tapi masih juga tak cam2 jalan nak ke sana..,huhuuhu..,nasib baik ada my abah...,hehe
bagan lalang beach resort...,best kena pergi lagi tahun depan...,
isi perut dulu sebelum meneruskan aktiviti...,heheee


Friday, December 9, 2011

HATI YANG TELAH DILUKAI...

Kenapa acapkali hati ini kau lukai...??Apakah aku yang bersalah atau memang kau sengaja mencari kesalahanku..??Salahkah aku mengunjungi orang kesayanganku di dunia dan akirat...??Apakah yang ada difikiranmu..?? sesungguhnya terlalu sukar untuk aku mengertikan....seringkali berselisih pendapat kadangkala menyebabkan aku sebal dengan sikapmu.....aku tak ingin menangis lagi dan lagi...,aku juga punya hak untuk menentukan perjalanan hidupku...,,aku juga mahukan ruang untuk hidupku sebagaimana juga denganmu....
tolonglah fahami akuu....sepertimana aku cuba untuk memahami dirimu....,gelora di jiwa hanya Tuhan yang tahu...,padamu ku berserah segala-galanya....,sebak dadaku...,luka hatiku..,retak jiwaku...,walaupun bisa kukutip..,kutampal dan kurawat..,ianya takkan kembali seperti yang asal lagi....,

Thursday, December 8, 2011

ROTI PARATHA INTI TUNA

nak makan nasi tak lalu pulak seminggu nie...,lebih2 lagi anak2 semuanya tak ada di sisi...,jadi untuk mengalas perut nie je la yang masuk ke dalam perut ku...,huhu...,roti paratha berinti tuna...,senang dan simple..,
roti paratha mcm biasa masak atas kuali...,pastu bubuh la salad..,bawang besar..,tuna mayonis..,dah siap...

SARUNG TISU

Sarung kotak tisu utk adik saya...,perhhh bercinta juga nak membuatnya...,huhu
yang ini pulak tempahan dari my auntie...,tq very much....,

Tuesday, December 6, 2011

knitting part 1: how to cast on for beginners


Nak belajar buat benda nie pulak dah...,hehehe..,merata cari jarum nya dan terjumpa juga akhirnya....,

PENGHILANG DAHAGA

anak2 tak ada kat rumah..,jadi nak buat apa pun tak ada mood..,uhuhuhu...,hhmmm dalam keadaan cuaca yg agak panas ni selalu pulak rasa dahaga dari rasa lapar...,air ni apa namanya erk..??hehehe...,info yg aku dpt boleh hilangkan sakit kepala...,bahan2nya sebiji epal hijau...,seleri..,air secukupnya diblender...,tak payah letak gula pun dah okey...,sedap juga rasanya...enjoy....
carrot susu...,boleh dikira berapa kali minum air nie...,hehehe..,tetiba teringin pulak nak buat sendiri...,boleh tahan rasanya..,sebatang carrot campur susu cair sikit..,gula secukup rasa dan air secukupnya...,macam biasa di blender saje...,kenyang juga minum air nie....,huhuhu
jus kiwi...,senang jer...,buah kiwi..,segelas air..,gula secukup rasa di blender....,

Friday, December 2, 2011

TIGA SEKAWAN

Alahaiii....,happy tak terkata-kata... hehehe...,akhirnya bertemu juga setelah sekian lama membawa haluan masing2 setelah berkeluarga...,
sebab dah lama tak jumpa..,apalagi klikk sana.., klik sini..,ngeee


Wednesday, November 23, 2011

~HAPPY ANNIVERSARY~

Buat pertama kali dalam hidup terima sejambak bunga dari hubby...,hehehe...,apakah mimpimu wahai suamiku...??huhuhu...,pejam celik pejam celik sekejap sahaja usia perkahwinan kita menjengah ke angka 15....,tak terasa betapa cepatnya masa berlalu...,
kek red velvet utk di mkan sempena ulangtahun kami...,

Saturday, November 19, 2011

TALAM LAPIS COKLAT

Kuih talam lapis coklat untuk minum pagi sampai ke petang...hehe
BHN2:
~300gm tepung gandum
~60gm tepung hon kwee
~1400ml santan
~360gm gula
~2 biji telur

BHN2 B:
~30gmserbuk koko
~50gm santan

CARA BUAT:
~adun bhn A dan bahagikan kpd 2 bahagian
~satu bahagian dicampur dgn bahagian B dan satu bahagian di letak pewarna kuning
~kukus selapis demi selapis setiap lapisan selama 7-10 minit










Thursday, November 17, 2011

KUIH BAKAR KELEDEK

resepi utk kuiih bakar ini adalah seperti berikut...,heheheh
bhn2:
~100gm keledek(rebus dan lenyek)
~50 gm tepung gandum
~50 gm gula castor
~1 biji telur
~170 ml santan
~secubit garam
~sedikit pewarna kuning telur
~sedikit bijan

cara buat:
~masukkan semua bhn2 kecuali keledak dan kacau rata..,kemudian masukkan keledek dan sebatikan
~sapukan sedikit butter pd acuan pembakar dan tuang bancuhan tadi
~tabur bijan di atas dan bakar 160 celcius selama 45 minit atau sehingga masak


Tuesday, November 15, 2011

BUN KELAPA

bun inti kelapa...,buat untuk minum petang...,makan panas2  mmg sedap nak pulak cuaca yg mendung..,memang mengundang kelaparan...,hehehe
resepinya sama saja dengan resepi bun yang telah di post kan sini...,hehehe..,boleh search di bawah label aneka bun...

Sunday, November 13, 2011

LAGI LAGI KEK...HEHEHEHE

Kek coklat moist versi kukus utk anak daraku bawa ke sekolah...

 

terpaksa buat lagi sebiji sbb yang kat rumah pun nak juga..,huhuhu....,bila lah nak bosan makan kek coklat nie..,heheh



Thursday, November 10, 2011

KEK BATIK

bhn2;
~sebungkus biskut merry
~3 biji telur ayam
~1 cawan milo
~1/2 cwn serbuk koko
~1 cwn susu pekat
~1/2 cawan air

cara buat;
~biskut merry dipecah2kan
~pukul telur
~serbuk koko dan dan milo digaul
~campurkan milo dan koko,susu,telur,dan air.Kacau hingga mendidih
~masukkan biskut,gaul sebati
~ketika panas,tekapkan dalam loyang hingga mampat.Simpan dalam petiais


Thursday, November 3, 2011

PUTERI MANDI

Di sesetengah tempat disebut lain kot nama kuih nie..,tapi yang pasti rasanya sama jer ..,hehehe...,lebih kurang macam badak berendam..,cuma colourfull sikit tu yg dipanggil puteri kot...,bahan2nya senang jer..,

~2 cwn tepung pulut
~sedikit garam
~air secukupnya
*semuanya disatukan sehingga jadi adunan.Ambil sedikit dan isikan inti.Rebus dalam air yang mendidih..,bila timbul angkat .Makan bersama kuah..

bhn inti;
~1/2 biji kelapa
~gula merah
~sedikit air
*masak atas api perlahan hingga sebati

utk kuah:
~santan
~sedikit garam
*masak sekejap atas api

Tuesday, November 1, 2011

TALAM KELADI

Suka la pula makan kuih talam ni..,ada bermacam-macam jenis kuih talam..,tapi buat masa ni try buat dulu talam keladi ni...,hehehe

BHN2:
Lapisan Bawah:
~1/2 cwn tepung beras
~1/2 cwn tepung gandum
~seketul keladi (potong kecil dan rebus)
~2 1/2 cwn santan cair

Lapisan Atas
~1 biji telur
~1/2 cwn tepung gandum
~2 sudu tepung ubi
~1 cwn gula (boleh kurangkan)
~2 1/2 cwn santan pekat
~1/2 sudu kecil garam
~pewarna ungu

CARA BUAT:
~campur semua bhgn lapisan bawah,kacau sebati.Masak atas api sederhana hingga sedikit pekat.Tuang dlm loyang ..,kukus 15 minit
~campur semua bhgn lapisan atas.kacau diatas api hingga pekat..,tuang ke atas lapisan bawah.
~kukus sehingga masak

Friday, October 21, 2011

SIPUT SEDUT

Lama dah tak masak siput nie..,bukan apa malas tang nak potong muncung nya tuu...,heehe..,kebetulan semalam pergi pasar malam BDR TUN RAZAK ternampak lah pulak siput nie...,apalagi..,sambarlah sepeket..

masa mula2 belajar mkn siput nie...,punya lah susah nak sedut..,huhuuhu....tak sabar betul..,tapi bila dah biasa x de hal punya...,lagi satu cerita yg x dapat lupa..,.bila sorang anak buah ni yg baru nak belajar mkn siput nie..,die igt apa agaknya main sedut2...,hehehe..,bila dah sedut..,die gi keluarkan dan pergi lak tgk isi dalamnya...,apalagi terus menjerit dan menangis...,tak mau mkn..,mungkin sbb geli kot...,sbb tu la bila dah sedut terus mkn..,jgn ditgk lagi...,hehehe

Tuesday, October 18, 2011

SOFT COTTON JAPANESE CHEESECAKE

Semenjak dua menjak ni..,bukan main suka pulak makan cheesecake..,alamak nnti mcm cheese la badan aku...,huhuhu..,tapi biar kan lah janji hati senang...,ngee..
dah bermacam jenis cheesecake aku buat..,kali ni dibiarkan gitu jer...,putih bersih..,hahaha

perrhhh...,bila makan memang cair di mulut...,hhmmm...,nyum nyum

BHN2NYA;
BHN A
~250 gm creamcheese
~50 gm butter
~100 ml susu segar
~6 biji kuning telur
~1 sudu besar jus lemon
~1/4 sudu kecil garam
~60 gm tepung kek/superfine
~20 gm tepung jagung

BHN B
~140 gm gula halus
~6 biji telur putih
~1/4 sudu kecil cream of tartar

CARA BUAT;
~cairkan creamcheese bersama butter dan susu segar dgn menggunakan teknik double boiler.Bila adunan dah cair,biar dan sejukkan,masukkan kuning telur,garam,jus lemon,tepung dan tepung jagung dan kacau sebati
~dlm bekas lain pukul telur putih hingga gebu dan masukkan gula dan cream of tartar
~campurkan adunan A ke dlm adunan B dan sediakan acuan yg dilenser dgn butter dan lapik dgn baking paper
~tuang adunan dlm loyang
~bakar dlm suhu 160 celcius selama kira2 45-60 minit atau sehingga masak dgn teknik water bath
~water bath(dlm dulang lain bubuh air kemudian baru letak loyang kek tadi)

MEXICAN BUN

Lama dah simpan resepi roti nie..,dan inilah hari nya berpeluang untk membuatnya...,

Bahan2nya;
~500 gm tepung roti atau (400 gm tepung roti + 100 gm tepung gandum)
~100 gm gula castor
~20 gm susu tepung
~1 sudu teh bread improver
~4 sudu teh yis
~1 sudu teh garam
~1 biji telur
~220 gm air suam
~80 gm butter atau (40 gm butter + 40 gm shortening)
FILLING;
~200 gm butter
~1/2 sudu teh esen vanilla
~70 gm gula perang
*(pukul butter dgn mixer pd kelajuan sederhana selama 3 minit.Masukkan esen vanilla dan gula perang.Simpan dlm petiais)

TOPPING;
~60 gm butter
~50 gm gula halus
~1 biji telur
~secubit garam
~85 gm tepung gandum
~1 sudu besar nescafe larutkan dgn 1 sudu besar air panas
~1 sudu kecil esen kopi
*(putar mentega dgn mixer selama 5 minit.Pelan2 masukkan telur dan esen kopi & nescafe.masukkan tepung yg telah diayak dan putar lg hingga sebati)

DOH ROTI;
~gaul rata tepung,susu,bread improver dan garam.
~satukan air suam,gula dan yis..,biar sebentar hingga berbuih
~masukkan butter,telur dan yis tadi.
~uli adunan sehingga lembut selama 10-15 minit
~bahagikan adunan kpd beberapa bahagian kecil dan tutup dgn kain atau film cling selama 10 minit
~leperkan doh dan letak filling/inti
~susun atas loyang pembakar yg yg sudah di lenser butter.Rehatkan selama 45 minit
~pipekan topping diatas bun secara spiral bermula dari top centre
~bakar dlm ketuhar yg dipanaskan dlm suhu 170 celcius selama 15 minit atau sehingga masak

sedia untuk dinikmati..,hehehe

Monday, October 17, 2011

USAH BERAHSIA

Seorang penyair menulis sebuah puisi;

Ketika engkau tidak mampu melepaskan fikiran dan material.walau hanya sehari,MAKA jangan katakan bahawa engkau telah melepaskannya,TETAPI katakanlah bahawa ALLAH akan selalu mengawasi gerak-geriku,Jangan sesekali menyangka bahawa ALLAH akan lalai dari pengawalan-Nya terhadapmu walaupun hanya sekelip,Dan tidak sesuatu pun yang kamu sembunyikan luput daripada ilmu-Nya,Kerana bagi-Nya tidak ada yang tersembunyi dan rahsia,Apakah kamu tidak melihat bahawa hari ini sangat cepat berlalu..??Sedangkan hari esok sangat dekat bagi mereka yang memang menantikannya.



INFO;Berzikir dengan nama Ar-Raqib dengan penuh keikhlasan hati,insyaallah akan dijaga daripada bahaya yang akan menimpa harta peribadi dan keluarga..

P/S;Peringatan untuk diri sendiri juga..,


Sunday, October 16, 2011

KEK LAPIS MASAM MANIS

Buat kek ni untuk kali yg ke-2..,kali ni versi bakar pulak hehe..,untuk di bawa ke Langat...
masih tak cukup rapat lagi rupanya susunan asam manis ni..,huhu..,tapi tak pe la janji sedap...,hhmmm

WEEKEND

Kenduri kahwin lagi..,hehehe..,kali ini ke Langat pulak..,Taman Seri Nanding.
Tidur semalam kat rumah adik..,mak dan abah pun ada sekali.,termasuk lah anak buah yang datang dari Sarawak.., 

abah dengan sedara belah Johor...,lama x jumpa mesti banyak yang dibualkan...

makan..,makan dan makan...,hehehe
macam-macam hal..-.-