Monday, August 29, 2011

HAPPY B'DAY ...,

Tahun ni genap la 4 tahun usia anak bongsuku..,nasib la kan sambut b'day di bulan puasa..,kt kg pulak tuu..

Doa ibu semoga ALYA SOFIA akan menjadi insan yang berguna...SAYANG ADIK...,
nanti kalau rajin ibu buatkan kek untuk adik..,hehe




Monday, August 15, 2011

KAU TERISTIMEWA

Di saat hatiku hampir kelayuan...,kau hadir dan menyirami hatiku..,
Di saat aku kegelapan...,kau hadir membawa cahaya menerangi hari2 ku...,
Di saat aku memerlukan..,kau juga sentiasa ada untuk aku...,
Di saat aku terkapai2 mencari haluan..,kau juga ada utk membimbing aku...,
SESUNGGUHNYA kehadiran dirimu membawa seribu rahmat buat diriku...,
Akan ku simpan segala kenangan bersamamu di satu sudut diruang hatiku....,
Terima kasih diatas segalanya....,

MALAM KU BERMIMPI

Hhmm...,sudah agak lama sebenarnya aku tak pernah bermimpi...,sehingga lah akhir2 ini aku selalu pulak bermimpi.Adakah mimpi ini merupakan mainan tidur atau ada makna di sebaliknya...,tidak lah aku ketahui...,tapi apa yang pasti selalunya mimpi2 yang aku alami itu pasti punya maksud tertentu...,

Tuesday, August 2, 2011

SELAMAT BERPUASA

Semalam bermulanya puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini...,Alhamdulillah dapat melaluinya dgn penuh kesedaran serta keinsafan..,Hari pertama berbuka beli jer juadah kat Bazaar Ramadhan...,hehe...,biasalah permulaan puasa macam2 yg anak2 nak makan..,nak buat semua mmg x larat..,orang kat bazaar ramadhan boleh tahan ramainya..,huhu...,bersesak2 dan berhimpit2...,hhmmm...,yg penting apa yg nak semua dapat...,Semoga puasa kali ini aku dapat melaluinya dengan penuh makna dan sempurna...,AMIN...

Tuesday, July 26, 2011

SAHABAT

Masih adakah sahabat sejati di dunia ini..??Mungkin ada dan mungkin juga tidak..Kawan mmg senang dicari...,tetapi sahabat hanyalah utk org yg tertentu sahaja..Sahabat lebih akrab hubungannya...,susah senang segalanya dikongsi bersama...

Sahabat boleh diumpamakan seperti tangan dan mata..,Ketika tangan terluka..,mata akan menangis kerana turut merasakan kesakitannya..,dan saat mata menangis...,tanganlah yg akan menghapuskan airmata itu...,

Sahabat sejati adalah sahabat yg sama2 mahu menempuh suka dan duka bersama...,sahabat sebegini sesungguhnya amat sukar untuk ditemui...,Cuma masa dan keadaan yg akan menemukan kita dengan sahabat sejati...,

Semua org memerlukan sahabat sejati...,namun tidak semua beruntung mendapatkannya...,Ramai yg telah menikmati indahnya persahabatan..,namun ramai juga yang hancur kerana dikhianati sahabatnya...,

P/S:MASIH MENCARI2 SAHABAT SEJATI..,APAKAH AKAN KUTEMUI....HUHU

Sunday, July 24, 2011

KEK MARBLE

dah lama tak membaking kek...,asyik sibuk memanjang dengan kerja rumah yang tak pernah ada kesudahannya.....,
curi2 masa yang ada dengan membuat kek marble pulak...,

hehe...,sedap dan lembut...,
Bhn2 tuk buat:
~250gm butter
~230gm gula halus
~2 sudu teh ovalette
~4 biji telur(gred A)
~270gm tepung halus(superfine)
~1 sudu teh baking powder
~2 sudu besar susu cair
~2 sudu besar serbuk koko
~1 sudu teh perasa coklat emelco
~2 sudu besar susu pekat manis

cara buat:
~pukul butter,ovalatte dan gula hingga putih
~masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang,masukkan susu pekat dan gaul rata
~perlahankan speed,masukkan tepung sedikit demi sedikit,baking soda dan susu cair.Gaul rata
~bahagi kpd 2 bahagian.Satu biarkan kosong..,satu lagi dicampur serbuk koko dan perasa coklat
~tuang selang seli dlm loyang
~bakar dgn suhu 175 darjah selama 35-45 minit atau sehingga masak

Thursday, July 21, 2011

MENANTI HIKMAH

Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang diciptakan oleh pencipta
Siang dan malam silih berganti entahkan berhenti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui

Hanyalah berserah padaNya
Kerna Dia Maha segalanya

Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Oh kita berdoa agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini…
Kasih ku

Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak mengenal siapa
Redha dengan apa takdirNya
Pasti ada tersirat hikmahnya