Thursday, March 3, 2011

TRIFFLES

buat triffle utk pencuci mulut hari ini...,yg ni dlm bekas kecil2 utk si kecil yg sekali makan dah habis..x lah membazir nanti.


yg ni saiz sedang...,sesuai utk si abang dan kakak yg saiz perut lebih besar sikit...hehe...,makan sejuk mmg sedaapp...huhu.., anak2 suka la pulak sampai sekali hadap je..,nak kena buat lg nampak nya nie..,


BHN2:
~1 tin buah2an campuran(ikut suka)
~swiss roll


LAPISAN KASTARD:
~1 tin susu cair
~6 sudu besar tepung kastard
~1/2 cwn gula
~5 cwn air
*campurkan semua bhn2 di atas dan dimasak atas api yg perlahan sehingga pekat


LAPISAN JELLY:
~sekotak jelly segera(apa2 jenama)
*sediakan jelly mengikut cara2 yg tertera di kotak


CARA BUAT:
~potong swiss roll kecil2 dan susun dlm acuan
~tuangkan kastard ke atas swiss roll
~taburkan pula buah2an campuran
~akhir sekali tuangkan jelly
~sedap dihidang sejuk

Wednesday, March 2, 2011

SEDETIK LEBIH

Sedetik Lebih... (Buat insan yg mengerti...)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

SI MENTEL

anak bongsu...,yg semakin mentel...,


sentiasa riang selalu...,best nya menjadi kanak2..,


rambut yg panjang telah di potong...,hehehe..,sorry dear..,tu la x nak ikat rambut lg....,




Seandainya kita tidak mampu utk mengutus secebis kesenangan kepada orang lain,berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain...
~Jauhilah kesedihan,kerana itu adalah racun
~Jauhilah kelemahan,kerana itu adalah kematian
~Jauhilah kemalasan,kerana itu adalah kegagalan
~Jauhilah pendapat yg tidak lurus,kerana itu adalah tanda buruknya pengurusan..

Tuesday, March 1, 2011

BISTIK DAGING

bhn2:
~600gm daging(dipotong nipis)
~30gm halia(di hiris)
~2 biji bwg putih(di hiris)
~2 labu bwg besar(di potong bulat)
~2 biji kentang(di potong 6 dan digoreng
~30gm kacang pis(tin)
~3 tangkai cili merah(belah dua)
~3 tangkai cili hijau(belah dua)
~2 biji tomato(di potong 6)
~3 sudu makan kicap pekat
~3 sudu makan kicap manis
~2 sudu teh lada hitam kisar

cara buat:
~panaskan minyak,masukkan bwg putih,halia dan tumis hingga naik bau
~masukkan daging dan kacau hingga separuh masak.Kemudian masukkan kicap
~kacau hingga daging menjadi lembut,kemudian masukkan kentang
~masukkan lada hitam bwg besar,cili merah,cili hijau
~akhir sekali masukkan tomato dan kacang pis

Tanda2 org yg budiman ialah dia akan berasa gembira jika dpt berbuat kebaikan kpd org lain dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan drp org lain.Semulia-mulia manusia ialah org yg mempunyai adab yg merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya,membalas dan bersikap adil ketika kuat...