Friday, October 21, 2011

SIPUT SEDUT

Lama dah tak masak siput nie..,bukan apa malas tang nak potong muncung nya tuu...,heehe..,kebetulan semalam pergi pasar malam BDR TUN RAZAK ternampak lah pulak siput nie...,apalagi..,sambarlah sepeket..

masa mula2 belajar mkn siput nie...,punya lah susah nak sedut..,huhuuhu....tak sabar betul..,tapi bila dah biasa x de hal punya...,lagi satu cerita yg x dapat lupa..,.bila sorang anak buah ni yg baru nak belajar mkn siput nie..,die igt apa agaknya main sedut2...,hehehe..,bila dah sedut..,die gi keluarkan dan pergi lak tgk isi dalamnya...,apalagi terus menjerit dan menangis...,tak mau mkn..,mungkin sbb geli kot...,sbb tu la bila dah sedut terus mkn..,jgn ditgk lagi...,hehehe

Tuesday, October 18, 2011

SOFT COTTON JAPANESE CHEESECAKE

Semenjak dua menjak ni..,bukan main suka pulak makan cheesecake..,alamak nnti mcm cheese la badan aku...,huhuhu..,tapi biar kan lah janji hati senang...,ngee..
dah bermacam jenis cheesecake aku buat..,kali ni dibiarkan gitu jer...,putih bersih..,hahaha

perrhhh...,bila makan memang cair di mulut...,hhmmm...,nyum nyum

BHN2NYA;
BHN A
~250 gm creamcheese
~50 gm butter
~100 ml susu segar
~6 biji kuning telur
~1 sudu besar jus lemon
~1/4 sudu kecil garam
~60 gm tepung kek/superfine
~20 gm tepung jagung

BHN B
~140 gm gula halus
~6 biji telur putih
~1/4 sudu kecil cream of tartar

CARA BUAT;
~cairkan creamcheese bersama butter dan susu segar dgn menggunakan teknik double boiler.Bila adunan dah cair,biar dan sejukkan,masukkan kuning telur,garam,jus lemon,tepung dan tepung jagung dan kacau sebati
~dlm bekas lain pukul telur putih hingga gebu dan masukkan gula dan cream of tartar
~campurkan adunan A ke dlm adunan B dan sediakan acuan yg dilenser dgn butter dan lapik dgn baking paper
~tuang adunan dlm loyang
~bakar dlm suhu 160 celcius selama kira2 45-60 minit atau sehingga masak dgn teknik water bath
~water bath(dlm dulang lain bubuh air kemudian baru letak loyang kek tadi)

MEXICAN BUN

Lama dah simpan resepi roti nie..,dan inilah hari nya berpeluang untk membuatnya...,

Bahan2nya;
~500 gm tepung roti atau (400 gm tepung roti + 100 gm tepung gandum)
~100 gm gula castor
~20 gm susu tepung
~1 sudu teh bread improver
~4 sudu teh yis
~1 sudu teh garam
~1 biji telur
~220 gm air suam
~80 gm butter atau (40 gm butter + 40 gm shortening)
FILLING;
~200 gm butter
~1/2 sudu teh esen vanilla
~70 gm gula perang
*(pukul butter dgn mixer pd kelajuan sederhana selama 3 minit.Masukkan esen vanilla dan gula perang.Simpan dlm petiais)

TOPPING;
~60 gm butter
~50 gm gula halus
~1 biji telur
~secubit garam
~85 gm tepung gandum
~1 sudu besar nescafe larutkan dgn 1 sudu besar air panas
~1 sudu kecil esen kopi
*(putar mentega dgn mixer selama 5 minit.Pelan2 masukkan telur dan esen kopi & nescafe.masukkan tepung yg telah diayak dan putar lg hingga sebati)

DOH ROTI;
~gaul rata tepung,susu,bread improver dan garam.
~satukan air suam,gula dan yis..,biar sebentar hingga berbuih
~masukkan butter,telur dan yis tadi.
~uli adunan sehingga lembut selama 10-15 minit
~bahagikan adunan kpd beberapa bahagian kecil dan tutup dgn kain atau film cling selama 10 minit
~leperkan doh dan letak filling/inti
~susun atas loyang pembakar yg yg sudah di lenser butter.Rehatkan selama 45 minit
~pipekan topping diatas bun secara spiral bermula dari top centre
~bakar dlm ketuhar yg dipanaskan dlm suhu 170 celcius selama 15 minit atau sehingga masak

sedia untuk dinikmati..,hehehe

Monday, October 17, 2011

USAH BERAHSIA

Seorang penyair menulis sebuah puisi;

Ketika engkau tidak mampu melepaskan fikiran dan material.walau hanya sehari,MAKA jangan katakan bahawa engkau telah melepaskannya,TETAPI katakanlah bahawa ALLAH akan selalu mengawasi gerak-geriku,Jangan sesekali menyangka bahawa ALLAH akan lalai dari pengawalan-Nya terhadapmu walaupun hanya sekelip,Dan tidak sesuatu pun yang kamu sembunyikan luput daripada ilmu-Nya,Kerana bagi-Nya tidak ada yang tersembunyi dan rahsia,Apakah kamu tidak melihat bahawa hari ini sangat cepat berlalu..??Sedangkan hari esok sangat dekat bagi mereka yang memang menantikannya.



INFO;Berzikir dengan nama Ar-Raqib dengan penuh keikhlasan hati,insyaallah akan dijaga daripada bahaya yang akan menimpa harta peribadi dan keluarga..

P/S;Peringatan untuk diri sendiri juga..,


Sunday, October 16, 2011

KEK LAPIS MASAM MANIS

Buat kek ni untuk kali yg ke-2..,kali ni versi bakar pulak hehe..,untuk di bawa ke Langat...
masih tak cukup rapat lagi rupanya susunan asam manis ni..,huhu..,tapi tak pe la janji sedap...,hhmmm

WEEKEND

Kenduri kahwin lagi..,hehehe..,kali ini ke Langat pulak..,Taman Seri Nanding.
Tidur semalam kat rumah adik..,mak dan abah pun ada sekali.,termasuk lah anak buah yang datang dari Sarawak.., 

abah dengan sedara belah Johor...,lama x jumpa mesti banyak yang dibualkan...

makan..,makan dan makan...,hehehe
macam-macam hal..-.-

Friday, October 14, 2011

AMBIL MASA

~Ambillah waktu utk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.


~Ambillah waktu utk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.


~Ambillah waktu utk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.


~Ambillah waktu utk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.


~Ambillah waktu utk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yg diberikan Tuhan.


~Ambillah waktu utk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan.


~Ambillah waktu utk ketawa, itu adalah muzik yg menggetarkan hati.


~Ambillah waktu utk memberi,itu adalah membuat hidup kita terasa bererti.


~Ambillah waktu utk bekerja,itu adalah nilai keberhasilann...,



Thursday, October 13, 2011

TAAT KEPADA IBU DAN BAPA

Di manakah orang tua anda saat ini?
Apa yang sedang mereka rasai?
Gembirakah mereka?
Dukakah  hatinya?
Mungkin saat ini,hati mereka sepi
mengenangkan anak2 yg jauh di mata
namun dirasakan  sangat dekat dihati
saban hari menanti
rindu sekali utk mendengar suara itu...
suara yg begitu manja,ceria ketika kecil
namun nada itu sudah berbeza kala menjengah dewasa
sesekali didengar begitu keras!
wahai anak...ini ayahmu..ini ibumu...
ayah sudah tua...tidak lagi setangkas dulu
ayah ini sangat rindu kamu
tapi ayah tidak tahu menzahirkannya...
di mana kamu?

p/s:wahai anak usah terlalu alpa mengejar cita2 dunia sehingga tidak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati kamu.Hati yang sentiasa sibuk,memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan ayah dan ibu...


Wednesday, October 12, 2011

WANITA MATANG

Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan.Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi...,

Wanita matang tidak akan membiarkan dirinya larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kreadibiliti peribadinya.

Wanita bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.Sesungguhnya kebahagiaan itu setelah kesusahan.....

Tuesday, October 11, 2011

SETELAH SEKIAN LAMA...

Setelah  sekian lama x membaking...,minggu lepas terus buat dua biji kek sekaligus...,kebetulan ada pulak yang menempah utk b'day..
terima kasih anyz yea...,hehehe

sebiji nie pulak utk di makan sendiri....,ngeee...,resepinya sama mcm yang terdahulu..,kek coklat moist..

Monday, October 3, 2011

JALAN2 DGN ANAK2...,

Bosan tak tahu nak buat apa...,so hari sabtu yang lalu pergi TIMES SQUARE dgn anak yg kedua dan  bongsu...,
hajat dihati nak tengok wayang hantu bonceng...,tapi x ada pulak di tayangkan...,jadi tengok jer la movie bini2ku gangster..,hehehe..,syiok juga tergelak besar dibuatnya..,huhuuhu
bagi si abang..,kira dah banyak kali juga la dia tengok wayang ni...,tapi bagi si bongsu ini adalah pengalaman pertamanya menonton wayang...,hhmmm...,rasa2nya lepas nie mesti sebulan sekali nak pergi tengok wayang lagi....,hahaha